Searching for jannah

Aku.Hamba.Yang.Lemah

Assalamualaikum. Nama diberi Liyana. Saya hanyalah hamba Allah yang masih belajar erti kehidupan. Jika saya ada buat kesilapan... Mohon tegur saya. Sekiranya saya sudah tiada... Doakan kesejahteraan saya...Terima Kasih.


Seandainya ada silap dan salah. Maafkan saya. ♥




Seandainya saya sudah pergi doakan kesejahteraan saya. Dan saya mintak maaf diatas kesalahan saya... ♥


Entries/Ilmu About Mari Melawat Nasyid Pilihan




ツ Ilmu

Jemput Singgah...

Beberapa Ingatan Tentang Kematian
Selamat Datang
TINGGALKAN JEJAK






Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Gambaran Pada Hari Manusia Dihimpunkan

 SUMBER:
BukuHimpunanNasihatBuatRenungan

GAMBARAN PADA HARI MANUSIA DIHIMPUNKAN:


Apabila sudah tiba masa yang dijanjikan, Allah SWT akan memerintahkan malaikat Israfil supaya meniup sangkakala. Rasulullah SAW bersabda, "Apabila Israfil meniup sangkakala itu, maka matilah seluruh makhluk di langit dan bumi kecuali yang dikehendaki oleh-Nya iaitu Jibril, Mikail, Israfil, dan Izrail. Allah memerintahkan Izrail mencabut nyawa Jibril, diikuti nyawa Mikail, nyawa Israfil dan akhirnya nyawa Izrail sendiri. Setelah tiupan pertama, semua yang mati berada di alam Barzakh selama 40 tahun. Allah menghidupkan Israfil kembali untuk menjalankan perintah-Nya iaitu meniup untuk kali kedua."

Israfil yang dihidupkan kembali bersiap sedia untuk meniup sangkakala kali yang kedua. Tiupan ini akan membangkitkan semua makhluk daripada alam Barzakh atas tujuan untuk dihimpunkan dan seterusnya diadili.Firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 68 yang bermaksud:

"....Kemudian ditiup sekali lagi, lalu mereka berdiri bangkit daripada kubur) sambil menunggu hukuman Allah."

Langitnya tidak ada matahari, bulan dan bintang. Bintang-bintang berguguran, matahari dan bulan terbenam lalu bumi menjadi gelap. Dengan kehendak-Nya langit berputar dan pecah dengan dahsyatnya selama 500 tahun. Kemudian langit cair dan mengalir, gunung-ganang bertaburan dan manusia bertempiaran serta bertebaran.

Makhluk dihimpunkan di suatu tempat yang datar, putih yang mana tiada tumpahan darah dan tiada dosa dilakukan di situ. Tempat itu tiada jurang dan bukit untuk dijadikan tempat persembunyian. Seluruh makhluk di langit dan bumi iaitu malaikat, jin, manusia, syaitan, bintang, dan binatang berkumpul di satu tempat di bawah pancaran matahari yang teramat panas. Semuanya dalam keadaan bertelanjang.

Kedahsyatan hari itu membuatkan manusia tidak sempat hendak memikirkan aurat yang terbuka. Masing-masing sibuk memikirkan balasan yang bakal diterima sehingga tidak sempat menoleh.

Rasulullah SAW bersabda, " Fikirkanlah wahai manusia bertapa hina dan pedihnya ketika dibangkitkan. Takutlah akan tiupan itu dan takutlah akan keputusan yang bakal diterima, bahagia atau celaka. Jikalau di dunia engkau suka berbuat dosa atau engkau kaya tetapi bakhil, maka di hari itu engkaulah orang yang paling hina, kakimu melangkah longlai. Dan berhadapan pula dengan binatang liar lagi berbisa dan tidak boleh lagi menghindarkan diri daripada semua itu."

Panahan matahari yang panas menyebabkan keringat bercucuran daripada hujung rambut hingga ke hamparan kiamat. Rasulullah SAW bersabda, " Pada hari kiamat matahari berada sejengkal. Ada orang yang peluhnya sampai ke tumit, ada yang sampai betis, lutut, paha, pinggang, dan mulut. Ada pula yang tenggelam dalam peluhnya sendiri."

Begitulah keadaannya. Masing-masing akan merasai seksa dan azab setimpal dengan dosa sendiri. Maha suci Allah mengumpulkan manusia dari segenap penjuru bumi dengan keadaan masing-masing mengikut amalan yang dibuat semasa didunia. Segala penyesalan sudah tidak berguna lagi. Menantilah seluruh makhluk akan keputusan masing-masing dengan debaran dan ketakutan yang disulami seksaan yang amat azab.


*
-Kalau ada silap dan salah, tolong tegur ye.- TQ