Aku.Hamba.Yang.Lemah
ツ Ilmu Jemput Singgah... TINGGALKAN JEJAK Credits!
| Syarahan - Tanggungjawab Anak - anak Kepada Ibu Bapa
Ketika
keriakan pertama seorang bayi yang lahir ke dunia ini, justeru
tersenyumlah si ibu dan si ayah kerana menerima seorang ahli baru.Mereka
berasa gembira kerana kehidupan sebagai suami isteri kini mulai
lengkap.Segala penat lelah si ibu yang mengandungkan dan melahirkan anak
terubat serta merta.Segala amanah dan tanggungjawab dilaksanakan ibu
bapa tanpa merunggut demi cahaya mata yang dikasihi.
Assalammualaikum warah matullah hiwabarokatuh dan salam sejahtera.Yang
saya hormati saudara/saudari Pengerusi Majlis.Barisan panel hakim yang
sentiasa berdiri utuh di neraca keadilan, barisan penjaga masa yang
tidak alpa walau sesaat seterusnya hadirin - hadirat sekalian.Sebelum
itu , izinkan saya menyampaikan apresiasi saya kerana diberi peluang
untuk menghonggar dewan ini dengan syarahan saya yang bertajuk Tanggungjawab Anak - anak Terhadap Ibu bapa .
Hadirin sekalian ,
Sebelum bibir saya petah berkata - kata , izinkan saya menerangkan konsep yang membina tajuk syarahan saya. Tanggungjawab Anak - anak Terhadap Ibu bapa adalah
kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh anak - anak kepada ibu bapa.
Mungkin banyak pihak berpendapat bahawa isu yang akan saya hujahkan ini
adalah isu lapuk dan basi dalam arus perdana .Namun , kita perlulah
ingat untuk mengekang anak - anak daripada alpa dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka kepada ibu bapa mereka , kita sewajarnya
membangkitkan semula isu ini agar mereka tergusur untuk menghargai
pengorbanan ibu bapa mereka.
Hadirin - hadirat yang saya hormati sekalian,
Firman Allah S.W.T dalam surah Al - Isra’ , mafhumnya :
“Tuhanmu telah memerintahkan , supaya kamu tidak menyembah selain Allah ,
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang
dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah
engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).”
Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Allah SWT menegaskan bahawa
pentingnya seorang anak itu menjaga tingkah laku terhadap ibu bapa.
Ironinya, kebanyakan anak - anak marcapada ini sudah mangli bercakap
kasar dengan ibu bapa mereka.Ikhtisarnya , cara mereka berkomunikasi
bersama ibu bapa mereka sama seperti mana mereka berkomunikasi dengan
rakan sebaya.Perkataan , ah , malaslah ! nantilah ! mudah sahaja
terpancul keluar dari mulut mereka, seolah - olah mereka memandang
rendah darjat ibu bapa mereka.Adakah ini balasan kita kepada ibu bapa
?.Justeru , kita sebagai seorang anak perlu bercakap lemah - lembut
kepada ibu bapa kerana ini adalah salah satu cara untuk menjaga perasaan
mereka.Jika kita imbas kembali , bagaimanakah cara ibu bapa kita
menasihati kita ?. Semestinya mereka menggunakan bertuturan yang lembut
,bukan !. Hal ini disebabkan mereka menginginkan nasihat mereka itu
dapat diikuti oleh si anak.Begitu juga cara yang lebih efektif untuk si
anak memujuk atau menerangkan sesuatu perkara kepada ibu bapa mereka
iaitu melalui tutur kata yang lemah - lembut bukannya dengan cara
menengking atau mengherdik mereka.
Umpama labah - labah kasihkan telurnya.Inilah peribahasa yang paling
sesuai dijadikan teladan oleh anak - anak dalam memupuk sikap kasih
sayang kepada ibu bapa mereka.Sikap sebegini perlu ada dalam diri mereka
kerana sebagai seorang anak kita wajib menjaga dan menguruskan
keperluan mereka ketika sakit.Nah ! sudah semestinya dalam usaha memupuk
sikap ini kita perlu ikhlaskan hati dan melakukan dengan penuh kasih
sayang seperti mana ibu bapa kita menjaga kita sewaktu kecil
dahulu.Sikap lepas tangan anak - anak dalam menjaga ibu bapa perlu
diluput dalam hati.Tidak kurangnya , ada pula yang mengambil alternatif
dengan menghantar ibu bapa mereka yang uzur ke Rumah Kebajikan Orang
Tua dengan alasan ” di sana ibu bapa lebih kondusif dan kebajikan
mereka lebih terjaga , lagipun kami sibuk dengan kerja tak sempat nak
jaga mereka ” .Cis ! inilah alasan yang paling jumud yang diucapkan
oleh anak - anak. Betullah kata pepatah yang menyatakan ” seorang ibu
boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu
boleh menjaga seorang ibu ”.
Menyentuh
pada pepatah ini , saya masih lagi teringat mengenai suatu cerita
sepasang suami isteri yang tidak sanggup untuk menjaga ibu bapa
mereka.Justeru , mereka mendapat satu idea iaitu mereka ingin menghantar
ibu bapa mereka itu ke Rumah Orang Tua.Sehingga pada suatu hari ,
pasangan ini ingin membeli - belah untuk membeli kelengkapan ibu bapa
mereka ,lantas anak mereka bertanya :
” Mama dan Papa hendak ke mana ?”tanya si anak.
Jawab si ibu ” Oh ! , Mama ingin membeli pakaian atuk dan nenek kamu kerana mereka akan kami hantar ke Rumah Orang Tua esok! ”
”
O.... kalau begitu bolehlah saya ikut juga untuk membeli pakaian Mama
dan Papa kerana mudahlah saya nanti hendak menghantar Mama dan Papa ke
Rumah Orang Tua juga ! ”kata si anak
Lalu pasangan tadi tergamam lantas memohon maaf kepada ibu bapa mereka.
Nah
! wahai anak - anak ! , masihkah kau ingat ibumu sanggup memaki seekor
nyamuk yang menghisap darahmu ? masihkah kau ingat ibumu sanggup
bersengkam mata menjagamu ketika sakit ? masihkah kau ingat ayahmu
bermandi peluh di bawah terik mentari untuk menyaramu ?. Adakah engkau
sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga kerana engkau bangga
menjadi seperti si Tanggang ?.Tepuk dada tanya asal usulmu.Oleh itu ,
sebagai seorang anak yang soleh dan solehah , janganlah kita mengabaikan
kasih sayang kita kepada mereka kerana mereka telah banyak berjasa
kepada kita.
Hadirin - hadirat yang saya muliakan ,
Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :
“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.
Berdasarkan hadis rasullullah s.a.w yang telah saya sebutkan tadi
dapatlah kita ikhtisarkan bahawa pentingnya anak - anak mentaati ibu
bapa mereka.Sikap sebegini jika tidak dipupuk dari sejak kecil sudah
semestinya institusi sesebuah keluarga itu runtuh kerana anak - anak
adalah elemen penting dalam menatijahkan kebahagiaan sesebuah
keluarga.Kebanyakkan anak - anak di zaman seba moden ini menganggap
sikap ini adalah marginal . Malah tidak kurangnya , ada pula yang
berloya buruk dengan mengatakan ” alah , tak nampak pun syurga di bawah tapak kaki ibu ” .Sikap
- sikap sebegini harus ditepis kerana seolah - olah kita mempersendakan
ibu bapa kita. Kita sebagai seorang anak seharusnya tahu cara - cara
untuk taat kepada ibu bapa .Tamsilnya, mendengar segala nasihat dan
suruhan mereka , menolong mereka melakukan kerja rumah dan
sebagainya.Justeru , kita perlulah ingat jika ibu bapa tidak meredhakan
sesuatu tindakan atau keputusan yang kita lakukan, kita seharusnya ingat
bahawa ibu bapa adalah orang penting dalam memberi restu mereka kepada
kita .Jika kita derhaka kepada mereka kita bukan sahaja telah
mengecewakan mereka tetapi kita juga telah dimurkai oleh Allah s.w.t.
Mendoakan ibu bapa juga adalah tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh
anak - anak .Masalahnya, anak - anak masa kini keliru kerana mereka
beranggapan doa kepada ibu bapa hanyalah selepas kematian ibu bapa
mereka.Kita sebagai seorang anak yang soleh dan solehah perlu sentiasa
berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan usia mereka agar kita sempat
mencurahkan bakti kepada mereka.Amalan ini boleh dilakukan selepas solat
atau pada bila - bila masa.Kita perlu ingat bahawa doa seorang anak
kepada ibu bapanya akan diberi ganjaran paha yang tidak ternilai di
akhirat kelak.Namun begitu, kita haruslah mendoakan perkara yang baik
untuk ibu bapa kita , bukannya mendoakan agar
”mempercepatkan
pemberian harta pusaka mereka kepada kita”.Oleh itu, ayuh ! ayuh kita
menadahkan tangan lalu berdoa untuk mereka :
Ya Allah, ampunilah segala dosa kami , dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.
Amin.
Deduksinya , janganlah kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada ibu
bapa kerana tanggungjawab kita itu sesungguhnya belum mampu membalas
segala pengorbanan mereka terhadap kita. Janganlah sesekali melukai hati
mereka kerana mereka sanggup mempertaruhkan nyawa ,masa dan tenaga
mereka semata - mata ingin melihat cahaya mata mereka membesar dengan
baik dan dapat menjadi insan yang berguna.Mengapa pula kita perlu
melupakan pengorbanan mereka ? mengapa pula kita tidak sanggup menjaga
mereka ? .Sebenarnya , jawapan bagi persoalan ini ada dalam diri kita
sendiri.Cuma yang menyebabkan kita alpa terhadap tanggungjawab kita
kepada mereka ialah apabila kita bangga orang melabelkan kita sebagai ”
kacang melupakan kulit ” semata - mata ghairah mengejar meterialistik .
Sekian , wabillah hitaufiq wal hidayat .Assalammualaikum dan salam sejahtera.
SUMBER: Insya-Allah
|