Searching for jannah

Aku.Hamba.Yang.Lemah

Assalamualaikum. Nama diberi Liyana. Saya hanyalah hamba Allah yang masih belajar erti kehidupan. Jika saya ada buat kesilapan... Mohon tegur saya. Sekiranya saya sudah tiada... Doakan kesejahteraan saya...Terima Kasih.


Seandainya ada silap dan salah. Maafkan saya. ♥




Seandainya saya sudah pergi doakan kesejahteraan saya. Dan saya mintak maaf diatas kesalahan saya... ♥


Entries/Ilmu About Mari Melawat Nasyid Pilihan




ツ Ilmu

Jemput Singgah...

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar
KISAH PELAJAR UIA MIMPI JUMPA RASULULLAH
Gambaran Pada Hari Manusia Dihimpunkan
Beberapa Ingatan Tentang Kematian
Selamat Datang
TINGGALKAN JEJAK






Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Gambaran Seksaan Di Neraka

SUMBER:
#BukuHimpunanNasihatBuatRenungan #


GAMBARAN SEKSAAN DI NERAKA:

Secara dasarnya manusia dapat digolongkan kepada 3 golongan mengikut amalan mereka. Golongan pertama ialah mereka yang tidak membuat kebaikan langsung. Mereka sering bergelumang dengan dosa dan maksiat. Golongan itu tempatnya ialah neraka. Celakalah mereka dan tidak mendapat rahmat-Nya langsung.

Golongan kedua ialah mereka yang tidak membuat keburukan langsung. Mereka selalu memuji Allah dan suka beribadah malam hari. Mereka sering berzikir kepada Allah. Mereka tidak leka dengan kenikmatan  di dunia kerana mereka mengejar kenikmatan di akhirat. Golongan ini akan mendapat tempat di syurga dan berbahagialah mereka selama-lamanya.

 Golongan ketiga ialah mereka yang membuat kebaikan dan keburukan. Golongan inilah yang paling ramai. Mereka tetap akan dihukum oleh Allah SWT mengikut amalan masing-masing. Walau sekecil mana keburukan yang mereka lakukan, Allah tetap akan membalasnya.

Pada hari kebangkitan dan perhimpunan nanti, masing-masing akan diberi buku catatan amalan baik dan buruk. Kemudian akan ditimbang dan dilihat amalan manakah yang lebih berat. Saat-saat inilah yang mendebarkan hati manusia. Pada hari akhirat manusia berdiri di hadapan antara dua timbangan. Jikalau timbangan amalan baiknya berat, maka berbahagialah. Manakala celakalah seseorang itu jikalau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda, "Demi Zat yang aku dalam kesukaan-Nya, manusia tidak ingat akan perkara lain pada hari kiamat kecuali tentang tiga keadaan. Pertama di saat mizan (neraca) diletakkan untuk menimbang amal sama ada ringan atau berat. Kedua di saat diberikan buku catatan sama ada diambil dengan tangan kanan atau kiri. Ketiga di saat meniti Siratulmustakim."

Pada hari kiamat, Allah SWT memanggil Adam as supaya membangkitkan perutusan untuk neraka. Lalu Adam bertanya berapakah jumlahnya. Allah menjawab, "Dalam 1000 orang ada 999." Mendengarkan itu para sahabat sedih dan tidak terkata apa-apa. Rasulullah SAW pun bersabda, "Ketahuilah dan bergembiralah. Demi Zat yang aku dalam kekuasaan-Nya. Bersamamu ada 2 makhluk yang semakin banyak bersama mereka yang binasa daripada bani Adam dan para iblisl. Makhluk itu ialah Yakjud dan Makjud. Pada hari kiamat, kalian berada di tengah manusia seperti hidung di perut unta atau sekadar tanda di kaki binatang."

Rasulullah SAW membayangkan daripada sabdanya di atas bahawa hanya segelintir sahaja manusia yang mendapat tempat di syurga. Firman Allah dalam surah Maryam ayat 71-72 yang bermaksud:
"Tiada seorang pun daripada kamu melainkan mendatangi neraka. Demikian itu suatu kewajipan yang diputuskan oleh Tuhanmu. Kami selamatkan orang yang bertaqwa dan biarkan orang yang aniaya di dalam neraka dengan berlutut."

Malaikat Zabaniyah bersiap sedia dengan tukul besi di tangan dan pakaian api. Penghuni neraka akan dipanggil dan diheret ke neraka. Mereka akan diikat, muka hitam, menjerit dan meratap. Walaupun mereka merayu, seksaan tetap berjalan. Penyesalan ketika itu sudah tidak berguna lagi. Api terus menjilat dari setiap sudut. Makanan, minuman, pakaian dan segala-galanya ialah daripada api. Rambut hangus, daging terkelupas, tulang telanjang tidak berroh. Daging lain digantikan. Diseksa lagibdan diganti lagi berulang-ulang kali.

Rasulullah SAW bersabda, "Di Jahanam ada 1000 jurang. Setiap jurang ada 1000 lorong. Setiap lorong ada 1000 ular dan 70 kala jengking. Semuanya akan menyengat orang kafir dan munafik." Rasulullah SAW pernah memberi nasihat buat semua supaya bermohonlah pada Allah agar terhindar daripada lorong sedih dan jurang duka. Lalu baginda ditanya, apakah yang dimaksudkan dengan lorong sedih dan jurang duka. Rasulullah menjawab, "Jurang di neraka. Maka itu mohonlah agar dihindarkan daripadanya sebanyak 70 kali dalam sehari. Allah SWT menyediakan tempat itu untuk para pembaca Al-Quran yang riak."

Abu Hurairah berkata bahawa ketika mereka bersama-sama dengan Rasulullah SAW, pada suatu hari mereka mendengar bunyi sesuatu bergegar. Rasulullah menyatakan bahawa itulah bunyi batu jatuh menjunam ke dasar Jahanam setelah 70 tahun dilepaskan. Rasulullah SAW bersabda, "Seksa terkecil bagi ahli neraka ialah selipar api yang mana jikalau dipakai, otak akan mendidih disebabkan kepanasannya." Begitulah panasnya api neraka yang paling minimum. Api di dunia ini (yang telah dibasuh 70 kali ganda dengan air rahmat-Nya) sudah cukup dirasakan amat panas.

Berkenaan dengan makanan dan minuman untuk penghuni di neraka ada disebut dalam surah Al-Khafi ayat 29, surah Al-Waqi'ah ayat 51-55, surah As-Shaffat ayat 64-68, surah Al-Ghasyiyah ayat 4-5 dan surah Al-Muzaamil ayat 2-13. Melalui ayat-ayat tersebut dapat disimpulkan bahawa makanan ahli neraka ialah pohon zaqum yang keluar dari dasar neraka. Ianya amat panas. Air mereka pula daripada mata air yang sangat panas. Rasulullah SAW bersabda, "Jikalau setitis zaqum dipercikkan ke laut dunia, akan rosaklah kehidupan manusia. Maka bayangkan bagaimana keadaan orang yang memakannya."

Abu Dardak berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Lalu mereka (ahli neraka) merasa lapar dan meminta makan. Mereka diberi makan kayu berduri. Tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar. Mereka meminta makan lagi. Mereka diberi makanan yang mencekik leher. Mereka meminta minum lalu diberi air yang panas. Ada yang ditumpahkan saja ke muka mereka. Jikaa memasuki perut, hanguslah isi perut."

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 10-17 yang bermaksud, "...dan diberi minum dengan air nanah. Diteguknya air itu tetapi hampir tidak mudah untuk menelannya..." Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud, "Ketika air diberi kepadanya, dia tidak suka. Setelah mukanya dekat dengan air itu, terbakar muka dan kulit kepalanya hingga mengelupas. Apabila meminumnya, usus putu lalu keluar daripada duburnya." Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 29 yang bermaksud, "Jika mereka meminta air lalu diberi air yang menyerupai kotorang minyak yang membakar muka...."

Ular dan kala jengking itu adalah balasan bagi orang yang bakhil, berakhlak buruk dan suka menyakitkan hati orang lain. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengasihi harta dan tidak mahu mengeluarkan zakat, pada hari kiamat harta itu akan menyerupai ular jantan yang gondol dan berbuih. Ia akan membelit dan mengambil dengan tulang rahangnya lalu berkata, "Aku hartamu, aku simpananmu." Rasulullah bersabda lagi, "Di neraka ada ular-ular berleher licin. Sekali menyengat hangus empat puluh. Di sana ada kala jengking bagaikan keldai."

Rasulullah SAW bersabda, "Tangis dikirim atas ahli neraka. Maka mereka menangis sehingga kering air mata. Mereka menangis juga hingga keluar darah dan muka seperti berlubang. Tangisan mereka itu boleh melayarkan perahu." Ahli kubur akan merayu dan meratap seperti yang difirmankan Allah dalam ayat-ayat yang berikut:

1. Surah Al-Mukmin ayat 11-12 yang bermaksud, "Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau matikan kami 2 kali dan Engkau tidurkan kami 2 kali pula. Maka kami mengakui dosa kami. Adakah jalan keluar dari dalam neraka?" Kemudian Allah menjawab: "Itu sebabnya apabila diseru Allah satu-satu-Nya engkau ingkar. Jika dipersekutukan dengan yang lain kamu beriman kepadanya. Sekarang terserah kepada Allah hukuman itu."

2. Firman Allah SWT dalam surah As-Sajdah ayat 12 yang bermaksud, 'Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, telah kami lihat dan dengar seksa yang kami mungkiri masa dahulu, kembalikanlah kami ke dunia supaya kami kerjakan amalan yang saleh..."

3. Firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 106-108 yang bermaksud, 'Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, kecelakaan telah mengalahkan kami dan kami ialah kaum yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripada neraka. Jikalau kami kembali mendustakan-Mu, maka sesungguhnya kami orang yang anaiya." Allah lalu menjawab, "Cis! Diamlah kamu di dalamnya dan janganlah kamu berbicara dengan Aku."

Diriwayatkan bahawa Al-Hasan ra duduk sambil menangis. Apabila ditanya mengapa dia menangis, dia menjawab, "Aku takut jikalau ditempatkan ke dalam neraka dan Allah SWT tidak mempedulikanku."

Rasulullah SAW bersabda, 'Pada hari kiamat ahli neraka dibawa ke syurga. Mereka dibawa kembali ke neraka setelah mendekati dan mencium bau syurga, melihat-lihat gedung-gedung dan segala yang disediakan di dalam syurga. Tidak adaruang bagi mereka dan mereka kembali bersama penyesalan. Lalu mereka berkata, "Ya Tuhan kami,jikalau Engkau menunjukkan ada pahala yang Engkau sediakan di situ buat para wali-Mu sebelum memasukkan kami ke neraka, nescaya kami akan mengikut-Mu."

Lalu Allah berkata, "Itulah yang Aku inginkan daripadamu. Tetapi engkau menentang-Ku dengan sombong. Ketika engkau bertemu orang, engkau temui mereka dengan hati yang busuk yang menunjukkan hatimu tidak mengingati-Ku. Engkau agungkan manusia namun tidak mengagungkan-Ku. Engkau tinggalkan manusia namun tidak meninggalkan apa-apa buat-Ku. Kini rasakanlah seksaan yang pedih di mana tidak ada pahala buatmu."

Sesungguhnya Allah SWT menciptakan neraka dengan kedahsyatannya. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 39 yang bermaksud : "Takutilah hari penyesalan (qiamat), ketika dihukum terhadap perkara yang mereka lakukan iaitu mereka dalam kelalaian dantidak beriman."

Allah telah berpesan dalam surah Al-Infithar ayat 13-14 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang baik adalah dalam kenikmatan (syurga) dan orang-orang yang jahat adalah di dalam neraka."




-Kalau ada silap dan salah, tolong tegur ye.- TQ ^^