Searching for jannah

Aku.Hamba.Yang.Lemah

Assalamualaikum. Nama diberi Liyana. Saya hanyalah hamba Allah yang masih belajar erti kehidupan. Jika saya ada buat kesilapan... Mohon tegur saya. Sekiranya saya sudah tiada... Doakan kesejahteraan saya...Terima Kasih.


Seandainya ada silap dan salah. Maafkan saya. ♥




Seandainya saya sudah pergi doakan kesejahteraan saya. Dan saya mintak maaf diatas kesalahan saya... ♥


Entries/Ilmu About Mari Melawat Nasyid Pilihan




ツ Ilmu

Jemput Singgah...

Syarahan - Tanggungjawab Anak - anak Kepada Ibu Bapa
Tanggungjawab Seorang Anak Terhadap Ibu Bapa
MUSTAFA KAMAL ATATURK : M A T I N Y A . D A L A M ...
Picture
C.I.N.T.A
WANITA (Isteri)
SUMAYYAH -sejarah-
Couple...boleh ke??
HIKMAH KENAPA AKU KE MICET...
KISAH NABI MUSA BERTEMU JODOH
TINGGALKAN JEJAK






Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Sehidimiz Ahmad Ammar

Assalamualaikum.
Before this I didn't even know about this person, Ahmad Ammar. 
Until my lecturer talks about him in our class.
On that moment I seems not really focus in his class about Ahmad Ammar. But after a few day after the class, I saw a post in facebook about this special person. Then, after read these post, now I understand what did my lecturer talks about. And I admit, Ahmad Ammar is a special person that gives a lot of sacrifice in Islam.

So, here some of articles from other blogs an youtube for me (and the readers) to understand who is Ahmad Ammar.

"Disebabkan kisah2 beliau, terdetik rasa minat utk belajar ttg sejarah"



Sumber: malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com

Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'
Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”. 

Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. 

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. 

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.


Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. 

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.

Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. 

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah. 

Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. 

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans. 

Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah. - aiyangdisayang




Sumber: Al-Mukminah As-Solehah

Tatkala diri terleka dengan dunia, ada insan muda yang membuatku terjaga, bangkit dari mimpi dan angan-angan yang tiada sudah....insan yang dipilih Allah ini, membuatku terpana seketika, betapa usia itu perlu dimanfaatkan sehabis mungkin.....salam takziah...al-fatihah buat mu adik Ahmad Ammar Ahmad Azam...

"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.  (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."
-al-imran:185
...pengakhirannya tergambar dengan hidupmu kini...
 


Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akan dikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.
-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Sumber: www.asyrofasristudio.com

Bismillah ..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Okay.
Asyrof tidak berapa kenal dengan arwah Ammar ni.
Cuma Asyrof cukup sedih dan rasa bangga.
Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan berita orang agama dibunuh. Anda boleh baca artikel ini disini.

Ahli Sejarah, Orang Cerdik

Cuba kita perhatikan disekeliling kita sekarang. Lihat dan lihat, adakah ramai manusia terutama remaja Malaysia yang suka sejarah?
Konfem, tidak ramai.
Serius, saya juga kurang pengetahuan sejarah.
Seperti yang dimaklumkan, arwah Ahmad Ammar seorang rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam jurusan sejarah.
Bukan di Malaysia tetapi di Turki.
Okay Turki adalah sebuah negara Arab, tetapi  orang Arabnya macam orang inggeris.
Lihat!
Tengok!
Okay, saya bangga sebab beliau seorang yang suka akan sejarah dan pada masa sama belajar di jauhan kota.
Ya, ada juga orang yang ambil jurusan sejarah belajar di Malaysia. Tetapi bagi saya, siapa-siapa yang belajar sejarah, perubatan, perbankan dan undang-undang terutamanya di luar negara, dia adalah seorang yang hebat.
Kerana mereka ini bukan sahaja belajar ilmu, tetapi dapat melihat bagaimana ilmu itu dipraktikkan. Mereka juga dapat mengetahui pelbagai sumber ilmu.
Tidak kisah negara inggeris atau arab. Asalkan luar negara, insyaAllah hebat.
Pengalaman saya di tanah arab Mesir, banyak memberi saya pengalaman hidup sebagai pelajar dan orang asing di bumi asing.
Tulisan ini ditulis bukan untuk tayangkan hebatnya saya.
Tetapi hebatnya Ahmad Ammar.
Anda boleh kenal sendiri siapakah arwah Ammar dalam video yang saya kongsikan ini.
Serius, saya tidak kenal langsung Ammar. Tetapi melihat video yang tersebar luas di media massa ini menunjukkan siapa Ammar?

Buat Baik Dibalas Baik

Dimana saja kita berada, pasti ibu bapa dan orang yang sudah berpengalaman dalam hidup ini akan nasihatkan kita ;
‘Buat baik kepada orang, insyaAllah kita akan dibalas baik.’
Saya dapat ‘notification fb’, berita sedih dari seorang kenalan blogger yang juga pelajar perubatan di Mesir ketika ini.
Dalam artikel fesbuknya menulis, siapakah Ahmad Ammar?
Jadi saya melihat sendiri videonya.
Allah, laju sungguh air mata keluar.
Tak tahu kenapa?
Mungkin dosa saya banyak.
Dengan tulisan saya dan video yang dikongsikan ini dapat mengeluarkan air mata anda semua.
InsyaAllah jika ramai orang lihat video dalam artikel saya kali ini dengan keluarnya air mata insaf, insyaAllah saya dapat pahala.

Sumber:kesinambunganzaman.blogspot.com

Kisah Kehidupan Al-Syahid Ahmad Ammar. Al-Fatihah

APABILA AHMAD AMMAR BERTEMU BIDADARINYA....

Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana.....

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., para-para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.



Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Subhanallah!! Berebut-rebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham.....Lihat video ucapan imam disana.....ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata......Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya
perlu gugur di medan perang.Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.


Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. semoga kita sama-sama belajar dan menerima sesuatu dari video ini.

kata-kata di atas oleh : FB Ustaz Nasir

Cuba lihat dan dengar video di bawah ini pada minit ke 11,50 saat. Kenyataan yang perlu rakyat Malaysia tahu oleh Imam Masjid Turki tentang kematian Ahmad Ammar.



Marilah kita sama-sama sedekahkan Arwah Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Al-Fatihah.... Semoga Rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Amin...

sumber : youtube , GPTDTV.

Sumber: www.informasi.my

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.


Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-3
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-2  Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-6
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-4
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-5




Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7