Searching for jannah

Aku.Hamba.Yang.Lemah

Assalamualaikum. Nama diberi Liyana. Saya hanyalah hamba Allah yang masih belajar erti kehidupan. Jika saya ada buat kesilapan... Mohon tegur saya. Sekiranya saya sudah tiada... Doakan kesejahteraan saya...Terima Kasih.


Seandainya ada silap dan salah. Maafkan saya. ♥




Seandainya saya sudah pergi doakan kesejahteraan saya. Dan saya mintak maaf diatas kesalahan saya... ♥


Entries/Ilmu About Mari Melawat Nasyid Pilihan




ツ Ilmu

Jemput Singgah...

SADO
KISAH MUAZ DAN MUAWIZ YANG BERHASRAT MEMBUNUH ABU ...
Ramadhan Pesta Makanan...Jom ubah ke Pesta Ibadah
Manusia
Apa Itu Hukum Hudud??
DULU | SEKARANG (PART 1)
Sehidimiz Ahmad Ammar
Syarahan - Tanggungjawab Anak - anak Kepada Ibu Bapa
Tanggungjawab Seorang Anak Terhadap Ibu Bapa
MUSTAFA KAMAL ATATURK : M A T I N Y A . D A L A M ...
TINGGALKAN JEJAK






Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

SADO


Wahai diri.
Semua yg terjadi ini ada hikmahnya.
Ingatlah. apa yg diuji di dalam dunia ini adalah ujian daripada Allah.
Sesungguhnya ujian yg diberikan itu adalah berdasarkan kemampuan diri itu sendiri.
Jadi sado lah.
Sbb awak mampu Allah uji sebegitu rupa.

Doa lah.
Berubahlah.
Mungkin ini caranya untuk Allah sedarkan awak yg dh jauh terleka dan tersasar.
Kembalilah ke jalanNya seperti suatu ketika dahulu.
Hidayah itu datang daripada pelbagai cara.

Jangan mengalah.
Allah ada.
Allah maha mengetahui.
Allah yg memurahkan rezeki.
Mohon dan luahkan lah kepadaNya.
Allah maha mendengar.
Ingat.
Istiqomah.
Jgn terleka lagi.
Cukuplah zaman itu berlalu.

Kembalilah mencari jalanNya.
In sha allah hidup di dunia dan akhirat lebih tenang.
Aamiin

KISAH MUAZ DAN MUAWIZ YANG BERHASRAT MEMBUNUH ABU JAHAL

SUMBER:  perindudakwah.blogspot.com




KISAH MUAZ DAN MUAWIZ YANG BERHASRAT MEMBUNUH ABU JAHAL


Jeng.jeng.jeng!! mesti semua sedang menantikannya kan??
Sebelum itu, kita harus tahu siapa Abu jahal sebenarnya, biar Perindu Rasulullah s.a.w memerah otak sekejap, banyak sangat benda-benda "lagha" (tak berfaedah) ni...

tut.............tut..........tut.................tut.............. okay  dah dapat!

Abu Jahal nama sebenarnya Abu Hakam bin Syams. Beliau pemimpin Quraisy yang sangat aktif dalam menentang Rasulullah s.a.w. Gelaran tersebut diberi kerana beliau ni nak tau tak, dia seorang yang jahil dengan kebenaran.. Ya Allah mintak simpang lar dari kita semua..


Kisah ini berlaku ketika perang Badar (17 Ramadhan 2H), Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan telah datang dua orang pemuda iaitu Muaz bin Amru (14 tahun) dan Muawiz bin Arfa (13 tahun)  bertanyakan tentang Abu Jahal. Mereka bernasib baik kerana mempunyai tubuh dan semangat seperti orang dewasa. Lalu dibenarkan menyertai Perang tersebut.

Betapa sayangnya Muaz bin Amru kepada Rasulullah dapat digambarkan dalam perbualan beliau degan Abdul ar-Rahma

Abdul ar-Rahman bertanya kepada beliau, "apakah yang kamu mahu lakukan dengan Abu Jahal tersebut?"
Muaz menjawab: " Aku mendapat berita bahawa dia adalah orang yang selalu mencaci Rasulullah s.a.w. Demi Allah yang jiwa aku dalam genggamanNya! Jika aku melihatnya, mata aku tidak akan tertutup selagi salah seorang dari kami tidak gugur di medan perang."


Betapa sayangnya beliau terhadap Rasulullah s.a.w, kita apalah sangat, ikut sunnah pun tak nak... tepuk dada tanya lar iman...









Mari kita semua dengar apa yang diriwayatkan oleh Sahih Bukhari..

         Abdul al-Rahman bin Auf mengatakan:

                   "Pada perang Badar, aku berada di tengah-tengah barisan para Mujahidin, ketika aku menoleh, ada dua orang pemuda berada di sebelah kiri dan kanan. Seolah-olah aku rasa mereka tidak dapat selamat dalam keadaan tersebut."

Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa Muaz bin Amru bin al Jumahi berkata: "Aku dengar cerita mengenai kamu musyirikin dan Abu Jahal yang dikawal rapi, bak pokok besar yang diselaputi oleh pokok semalu yang rimbun, sukar untuk ditembus benteng pengawalan itu, beginilah gambaran pedang-pedang dan tombak-tombak yang mengawal keselamatan Abu Jahal. Mereka semua melaungkan "Abu Al-Hakim sukar untuk sampai kepadanya." Muaz berkata, "Bila aku dengar laungan itu, aku terus memberi perhatian dan bertekad untuk menerpa dan menebas separuh kakinya,demi Allah tiada apa yang dapat ku gambarkan peristiwa ini seelain daripada gambaran sebiji beras yang dipecahkan dengan hentakan kayu hingga berkecai kulitnya, itulah gambaran yang dapat kugambarkan. Pada masa itu, anak Abu Jahal, Ikrimah telah datang dan menetak aku dengan pedangnya hingga terkulai sebelah tanganku yang masih tersangkut dengan kulitku. Peperangan sengit menyiksaku, sehari aku berperang dengan mengheret tangan yang terkulai itu. Sehingga satu tahap aku rasa ia membebankan aku, aku terus memijakkan dengan kakiku sehingga ianya terputus dari badanku."

Beliau berkata "Wahai tangan, kamu mengangguku untuk berjumpa dengan Rasulullah".

Muaz pergi dan menemui Rasulullah s.a.w. Di masa itu Muawiz bin Arfa, melalui berhampiran dengan Abu Jahal yang sudah tercedera itu.. Muawiz berperang dengan  Abu Jahal, lalu Muawiz syahid di perang Badar.

Muaz berlari mencari Rasulullah untuk meceritakan bahawa Abu Jahal sedang nyawa-nyawa ikan di tempat petempuran tersebut, Lalu Rasulullah memerintahkan Abdullah bin Mas'ud untuk membunuh Abu Jahal. Abdullah bin Mas'ud bertemu dengan Abu Jahal, lalu menekan lehernya dan berkata, "Wahai musuh Allah dan RasulNya, pada hari ni Allah s.w.t. pasti akan menghina kamu."

'Dengan apa Allah akan menghina ku? Apakah kerana aku mati ditangan engkau?' Tanya Abu Jahal yang tetap dengan kesombongannya.

Abdullah bin Mas'ud mengangkat pedangnya hendak memenggal kepala Abu Jahal, beliau menanya,                         "Sebelum engkau membunuh aku, beritahu aku pihak mana yang akan menang pertempuran ini?" Abdullah bin Mas'ud menjawab, "Pasukan Quraisy kalah, pasukan Allah dan Rasulnya menang."

"Anda dusta wahai pengembala kambing!" Dia tetap dengan sifat angkuhnya itu.

Tanpa melengahkan masa, Abdullah bin Mas'ud terus memenggal kepala Abu Jahal





 "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami
 benar akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami."

(29:69)


Fuhhhhhhh... penat mengingat kisah ni, Kisah ini merupakan kisah yang amat dasyat.
Pengajaran yang Perindu Rasulullah s.a.w dapat kongsikan:

   1) Cuba lihat yang bersemangat tu dari golongan mana? Sudah tentu Pemuda, zaman sekarang pemudanya   mana? tepuk dada tanya diri sendiri, Kita sebagai golongan pemuda, kena ambil iktibar dan   bersemangat dalam memperjuangkan Islam di muka Bumi ini seperti saudara kita Muaz dan Muawiz.


   2) Sebelum membuat sesuatu kena lar merancang dulu agar ia berhasil, seperti Muaz dan Muawiz  membuat perancangan yang amat menakjubkan untuk membunuh Abu Jahal


Ana pun mengucapkan terima kasih kat adik yang mencuit ana tu kerana mengingatkan ana.. Perindu Rasulullah s.a.w rasa macam ana pun sama je dengan pemuda zaman sekarang. huh nanges~~

Sekian, Shukran jazillan

Sayonara, Masalamma,
Dari Perindu Rasulullah s.a.w


Nanges~~ Ngee~~


Ramadhan Pesta Makanan...Jom ubah ke Pesta Ibadah

Just sharing good info for coming Ramadhan,  copied n pasted from a friend: [13/06 23:26] Hj Hassan Mohamed: Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk ' Ramadhan Pesta Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '

-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan
-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan
[13/06 23:29] ‪+60 19-233 3303‬: Mukjizat Ilmu
Gedung Infomasi anda...
Sunday, April 20, 2014

3 WAKTU DILARANG MANDI :
3 WAKTU DILARANG MANDI :


1 )  30 Minit Setelah Solat Asar.

Penjelasan :

30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika         kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

2)   Setelah Maghrib.

Penjelasan :

Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.


3)   Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam

Penjelasan :

Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Dikatakan :- ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. ۞

Manusia

Mengapa wajah mempunyai pelbagai bentuk? Setiap orang memiliki wajah yang berbeza-beza. Sungguh unik.

Mengapa pula suara setiap manusia berbeza? Bagaimana pula dengan budaya? Mengapa Ada pelbagai warna kulit?

Mengapa...? Mengapa..? Dan ...
MENGAPA.....?

Ini kerana... Manusia ada kelebihan Dan kekurangan masing-masing.

Ini kerana... Manusia berbeza pandangan Dan pendapat...

Ini kerana... Manusia diciptakan berbeza-beza sikapnya adalah untuk saling lengkap-melengkapi.

Manusia adalah makhluk yang diciptakan sempurna.

Manusia diberikan akal fikiran.

Setiap manusia... Akan diuji...
Setiap ujian adalah berbeza-beza mengikut kehendakNya.

Perkara yang ingin dicapai boleh manusia yang sebenar-benarnya  adalah SYURGA...

Untuk mencapai syurga.... Perlu harungi ujian dariNya.

Persiapkanlah imam Dan taqwa yang kuat.
Jangan hanya kerana ujian itu dirasakan Berat.. Kita mengambil langkah yang gelap lagi salah. Jangan sampai dimurka oleh Allah s.w.t.

Jalan penyelesaian sentiasa Ada...

Jangan mudah terpedaya dengan jalan yang mudah tetapi salah....

Tetapi.. Usaha... Usaha DOA Dan tawakal...

Gunakanlah akal yang diberi.

Gunakanlah pancaindera yang diberi...

Carilah jalan yang selamat di dunia dan di akhirat.

Bersama-sama mengejar redhaNya.

In sha Allah syurga menanti.....




Apa Itu Hukum Hudud??

SUMBER: arkibislam.blogspot.com



Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

  • Zina.
  • Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
  • Minum Arak.
  • Mencuri.
  • Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
  • Murtad.
  • Baghy (Bughah – Pemberontakan).

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).
Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )


Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )


Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )


Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq 
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )


Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )

Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )


Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ). 
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )


Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya.

Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? miinum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafka untuk kali pertama?kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.





DULU | SEKARANG (PART 1)



Bismillahirrahmanirrahim... Ini coretan secara santai. Coretan yg berbentuk cerita. 
DULU | SEKARANG

CREATED BY: LP
-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.--.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-

"Hei! Apa ni! Jangan memekak boleh tak?!" 
"Diamlah kau! Aku penat lah!! Keluar!!!"

Ye, dulu aku seorang yang baran. Sentiasa ada rasa ingin marah. Habis semua barang menjadi mangsa. Setelah berlaku sedemikian, tidak pula mahu mengaku kesalahan diri.

Firman Allah di dalam surah Al-Fathir : 10 
Barangsiapa yang ingin mencari kemuliaan, maka kemuliaan itu seluruhnya kepunyaan Allah.KepadaNya naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang baik itu dimuliakan oleh Tuhan.Mereka yang merencanakan kejahatan mereka akan mendapat siksaan yang sangat(keras) dan rencana mereka akan gagal. 
Firman Allah di dalam Surah Ibrahim : 24-26 
Tidakkah engkau lihat, bagaimana Allah membuat perumpamaan:Perkataan yang baik adalah sebagai pohon yang baik, uratnya teguh dan cabangnya menjulang tinggi.
Menghasilkan buahnya setiap masa dengan izin Tuhannya.Dan Allah membuat perumpamaan ini untuk manusia supaya mereka mengerti.
Dan perumpamaan perkataan yang buruk adalah sebagai pohon yang buruk ,uratnya terbongkar dari bumi dan tidak dapat berdiri tegak.
SUMBER: kerinduanitukembali.blogspot.com


Di dalam hadith yang bermaksud: 
‘Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW..berilah wasiat kepadaku..sahut nabi: Janganlah engkau marah kemudian ia mengulangi beberapa kali..Sabda baginda:Janganlah engkau marah.(Diriwayatkan oleh Bukhari) 
SUMBER: kerinduanitukembali.blogspot.com


Dulu juga aku kerap meninggalkan solat. Aku hanya 'rajin' menunaikan solat fardu Maghrib paling tidak. Kadang-kadang tidak langsung. Sedangkan kita hanya diminta untuk bersolat sebanyak 5 kali sehari semalam. 

SUBUH | ZOHOR | ASAR | MAGHRIB | ISYAK

Kenapa susah sangat hendak dikerjakan?

Abu Hurairah berkata : “Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah berfirman: ” Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?’ Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu”
(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426)



“Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” ”
(Surah An-Nisa’ ayat 103)

KERANA: .....
Satu. Sebab tak sedar diri itu hamba Allah.
Dua. Sebab tak ingat mati.
Tiga. Sebab seronok hidup dekat dunia.
Empat. Sebab tak fikir waktu sakaratul maut nanti.
Lima. Sebab lalai dengan kemewahan.
Enam. Sebab kurang ilmu agama.
Tujuh. Sebab terlalu mengikut hawa nafsu.
Lapan. Sebab malas mujahadah.
Sembilan. Sebab solat dianggap sekadar ritual yang tidak dihayati.
Sepuluh. Anda bagilah sebab sendiri. Diri sendiri lebih kenal diri sendiri. Tanya diri sendiri kenapa aku jadi begini.
SUMBER: www.iluvislam.com

BERSAMBUNG....


Sehidimiz Ahmad Ammar

Assalamualaikum.
Before this I didn't even know about this person, Ahmad Ammar. 
Until my lecturer talks about him in our class.
On that moment I seems not really focus in his class about Ahmad Ammar. But after a few day after the class, I saw a post in facebook about this special person. Then, after read these post, now I understand what did my lecturer talks about. And I admit, Ahmad Ammar is a special person that gives a lot of sacrifice in Islam.

So, here some of articles from other blogs an youtube for me (and the readers) to understand who is Ahmad Ammar.

"Disebabkan kisah2 beliau, terdetik rasa minat utk belajar ttg sejarah"



Sumber: malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com

Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'
Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”. 

Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. 

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. 

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.


Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. 

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.

Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. 

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah. 

Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. 

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans. 

Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah. - aiyangdisayang




Sumber: Al-Mukminah As-Solehah

Tatkala diri terleka dengan dunia, ada insan muda yang membuatku terjaga, bangkit dari mimpi dan angan-angan yang tiada sudah....insan yang dipilih Allah ini, membuatku terpana seketika, betapa usia itu perlu dimanfaatkan sehabis mungkin.....salam takziah...al-fatihah buat mu adik Ahmad Ammar Ahmad Azam...

"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.  (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."
-al-imran:185
...pengakhirannya tergambar dengan hidupmu kini...
 


Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akan dikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.
-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Sumber: www.asyrofasristudio.com

Bismillah ..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Okay.
Asyrof tidak berapa kenal dengan arwah Ammar ni.
Cuma Asyrof cukup sedih dan rasa bangga.
Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan berita orang agama dibunuh. Anda boleh baca artikel ini disini.

Ahli Sejarah, Orang Cerdik

Cuba kita perhatikan disekeliling kita sekarang. Lihat dan lihat, adakah ramai manusia terutama remaja Malaysia yang suka sejarah?
Konfem, tidak ramai.
Serius, saya juga kurang pengetahuan sejarah.
Seperti yang dimaklumkan, arwah Ahmad Ammar seorang rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam jurusan sejarah.
Bukan di Malaysia tetapi di Turki.
Okay Turki adalah sebuah negara Arab, tetapi  orang Arabnya macam orang inggeris.
Lihat!
Tengok!
Okay, saya bangga sebab beliau seorang yang suka akan sejarah dan pada masa sama belajar di jauhan kota.
Ya, ada juga orang yang ambil jurusan sejarah belajar di Malaysia. Tetapi bagi saya, siapa-siapa yang belajar sejarah, perubatan, perbankan dan undang-undang terutamanya di luar negara, dia adalah seorang yang hebat.
Kerana mereka ini bukan sahaja belajar ilmu, tetapi dapat melihat bagaimana ilmu itu dipraktikkan. Mereka juga dapat mengetahui pelbagai sumber ilmu.
Tidak kisah negara inggeris atau arab. Asalkan luar negara, insyaAllah hebat.
Pengalaman saya di tanah arab Mesir, banyak memberi saya pengalaman hidup sebagai pelajar dan orang asing di bumi asing.
Tulisan ini ditulis bukan untuk tayangkan hebatnya saya.
Tetapi hebatnya Ahmad Ammar.
Anda boleh kenal sendiri siapakah arwah Ammar dalam video yang saya kongsikan ini.
Serius, saya tidak kenal langsung Ammar. Tetapi melihat video yang tersebar luas di media massa ini menunjukkan siapa Ammar?

Buat Baik Dibalas Baik

Dimana saja kita berada, pasti ibu bapa dan orang yang sudah berpengalaman dalam hidup ini akan nasihatkan kita ;
‘Buat baik kepada orang, insyaAllah kita akan dibalas baik.’
Saya dapat ‘notification fb’, berita sedih dari seorang kenalan blogger yang juga pelajar perubatan di Mesir ketika ini.
Dalam artikel fesbuknya menulis, siapakah Ahmad Ammar?
Jadi saya melihat sendiri videonya.
Allah, laju sungguh air mata keluar.
Tak tahu kenapa?
Mungkin dosa saya banyak.
Dengan tulisan saya dan video yang dikongsikan ini dapat mengeluarkan air mata anda semua.
InsyaAllah jika ramai orang lihat video dalam artikel saya kali ini dengan keluarnya air mata insaf, insyaAllah saya dapat pahala.

Sumber:kesinambunganzaman.blogspot.com

Kisah Kehidupan Al-Syahid Ahmad Ammar. Al-Fatihah

APABILA AHMAD AMMAR BERTEMU BIDADARINYA....

Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana.....

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., para-para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.



Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Subhanallah!! Berebut-rebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham.....Lihat video ucapan imam disana.....ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata......Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya
perlu gugur di medan perang.Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.


Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. semoga kita sama-sama belajar dan menerima sesuatu dari video ini.

kata-kata di atas oleh : FB Ustaz Nasir

Cuba lihat dan dengar video di bawah ini pada minit ke 11,50 saat. Kenyataan yang perlu rakyat Malaysia tahu oleh Imam Masjid Turki tentang kematian Ahmad Ammar.



Marilah kita sama-sama sedekahkan Arwah Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Al-Fatihah.... Semoga Rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Amin...

sumber : youtube , GPTDTV.

Sumber: www.informasi.my

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.


Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-3
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-2  Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-6
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-4
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-5




Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7